Pokok ketapang;
Nama saintifik = Terminalia catappa L.
Nama genusnya= Terminalia,
Selain ketapang,juga di kenali dengan nama Lingkak atau sering disebut dengan kenari tropis, badamier, kenari jawa, amandier
de Cayenne, kenari liar, Indian almond, myrobalan, Malabar almond, Singapore almond, Huu kwang, Sea almond, kobateishi).
Di Filipina sebagai talisai, dalinsi atau logo,
Laos dikenali sebagai huu kwang,cham bak barang di Kemboja,
khon atau taa-pang di Thailand dan bang bien (Vietnam).
Biasanya tumbuh liar secara semula jadi di kawasan berpasir di tepi pantai Oleh sebab itu, pokok ketapang juga dikenali sebagai pokok badam laut,selain itu kelawar juga memainkan peranan untuk penyebaran biji benih. Pokok ini turut tumbuh di kawasan daratan yang menerima hujan yang mencukupi, tetapi tidak sesuai tumbuh di kawasan yang bertakung air.
Buah Ketapang berbentuk Almond, serupa sekali dengan buah yang dihasilkan oleh pohon badam. Buah yang muda berwarna hijau, ketika masak warnanya berubah menjadi merah ke-unguan. Biji-nya (isi) selain dapat dimakan dengan rasa seperti kacang almond, juga dapat digiling untuk menghasilkan ekstrak minyak yang dipakai untuk memasak.
Buahnya yang ringan dan berserabut senang disebarkan
melalui air laut ke persisiran pantai yang berdekatan.
Pokok ketapang muda bertingkat seperti pagoda dan pokok jenis ini di kelaskan sebagai pokok besar/sederhana besar dimana ketinggianya boleh mencecah 35-40 meter.
pokok ketapang
Daunnya dapat mencapai 28 x 16 cm (P x L) ,berwarna hijau.
Pada musim panas, warna daun berubah menjadi merah, kuning tembaga dan ke-emasan.
Daun kering yang jatuh ke dalam sungai akan menghasilkan larutan(dye) asam organis (humic & tannis), larutan yang terhasil ini berfungsi secara semulajadi menurunkan kadar PH, menyerap zat-zat kimia beracun dalam air, sehingga menciptakan lingkungan hidup yang baik untuk ikan dan hidupan air yang lain.
daun ketapang
Daun kering berguguran dua kali dalam setahun , pertama bulan januari-februari dan julai-ogos.
daun yang merahkekuningan akan gugur dari pokok
beginilah keadaan di bawah pokok ketapang,
kebiasaan di penuhi daun ketapang yang telah kering.